Sotong Masak Hitam Pedas Lazat dan Mudah

Sotong Masak Hitam Pedas Lazat dan Mudah.  Salah satu masakan olahan sotong ialah sotong masak hitam pedas. Resepi ini ialah sotong yang dimasak sehingga menjadi warna hitam. Warna hitam yang digunakan ialah dakwat sotong itu sendiri. Masakan sotong masak hitam pedas ini memang lazat lagi-lagi apabila makan dengan nasi putih panas. Resepi ini bukan sahaja lazat tetapi juga mudah untuk disediakan dan bahan yang digunakan juga amat mudah untuk didapati di dapur masak anda. Hari ini resepi mama akan menyediakan resepi sotong masak hitam pedas yang lazat dan mudah untuk disediakan.

sotong-masak-hitam-pedas-riau

Sotong Masak Hitam Pedas Lazat dan Mudah

Sotong Masak Hitam Pedas Lazat dan Mudah

Bahan yang digunakan :-

  • 1 kilogram sotong
  • Sedikit dakwat sotong
  • ¹/2 cawan air
  • Air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
SEE ALSO  Cara Penyediaan Pajeri Terung yang Paling Mudah

Bahan kisar :-

  • 1 batang serai
  • 10 tangkai cili kering
  • 5 biji cili merah
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 ¹/2 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 1 ¹/2 inci belacan

Cara Memasak :-

  1. Bersihkan sotong kecuali dakwat beberapa ekor sotong. Potong bulat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing.
  3. Masukkan air asam jawa, air dan garam. Biarkan hingga mendidih.
  4. Masukkan sotong dan biarkan seketika sehingga masak.
  5. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang.

 

Selamat Mencuba

(Visited 487 times, 1 visits today)

Leave a Reply