Resepi Udang Goreng Nestum Rangup

Resepi Udang Goreng Nestum Rangup. Antara makanan yang paling familiar di antara udang goreng butter adalah udang goreng nestum. Resepi udang goreng nestum ini bukan sahaja boleh dihidangkan untuk makanan utama makan tengah hari tetapi boleh juga dihidangkan untuk hidangan sampingan seisi keluarga. Di sini resepi mama ada menyediakan beberapa cara untuk membuat resepi udang goreng nestum yang rangup dan garing.

cereal-prawns

Resepi Udang Goreng Nestum Rangup

Resepi Udang Goreng Nestum Rangup

Bahan-bahan :-

  • 500 g udang besar (bersama kulit)
  • ½ sudu teh garam
  • ½ sudu teh serbuk lada putih
  • 1 sudu teh gula
  • 120 g nestum
  • 50 g tepung jagung
  • 2 biji telur, dipukul
  • Minyak untuk mengoreng

Bahan telur masin :-

  • 5 biji kuning telur masin, dikukus 10 minit dan hancurkan lumat
  • 50 g mentega
  • 4 ulas bawang putih, cencang halus
  • 5 biji cili (merah) burung, hiris
  • 2 tangkai daun kari, petik
  • 25 g nestum
  • ½ sudu teh garam, ½ sudu teh gula
SEE ALSO  Resepi Lemon Chicken Paling Mudah dan Sedap

Cara Penyediaan :-

  1. Jangan buang kulit udang, hanya trim kepala dan belah belakang untuk buang kekotoran. Cuci dan keringkan dengan kertas tuala dapur. Perasakan dengan garam, lada dan gula – ketepikan selama 10 minit.
  2. Satukan nestum dan tepung jagung di dalam dulang dan gaul sebati. Celup setiap ekor udang di dalam telur yang telah dipukul, kemudian golek-golekkan dalam campuran nestum sehingga bersalut rata. Letak setiap ekor udang di atas rak dawai sementara anda menyalut semua udang.
  3. Panaskan minyak anggaran 4 cm dalam atas api sederhana. Masukkan beberapa ekor udang anggaran 3-4 minit setiap belah – sehingga perang keemasan. Goreng semua udang dengan cara ini dan sejat dalam bakul dawai.
  4. Panaskan mentega di dalam kuali bersih dan tumis bawang putih cencang sehingga sedikit perang sebelum masukkan cili burung, daun kari dan telur kuning masin yang telah dihancurkan, Kacau rata supaya tidak bergumpal. Akhir sekali masukkan nestum, garam dan gula.
  5. Masukkan semula udang di dalam kuali, balik-balikkan supaya udang bersalut rata dengan bahan telur kuning. Sedia untuk dihidang. Makan semasa panas.
SEE ALSO  Udang Goreng Butter Paling Lazat dan Mudah

 

Selamat Mencuba

 

SUMBER

(Visited 609 times, 1 visits today)
Tags:

Leave a Reply