SUP

Resepi Sup Tulang Ala Thai

Berikut dikongsikan Resepi Sup Tulang Ala Thai yang sedap dan mudah disediakan. Terdapat pelbagai sup yang digemari oleh rakyat Malaysia diantaranya adalah sup daging, ayam, kambing dan sebagainya. Sup tulang yang terkenal termasuk sup tulang ala Thai, Sup Utara, sup tulang Kelantan, sup tulang gearbox dan sup tulang merah.

Resepi Sup Tulang Ala Thai

Bahan-bahan:

  • 500gm tulang lembu
  • 3 biji bawang besar
  • ½ inci lengkuas
  • ½ inci halia
  • 2 batang serai (titik)
  • Cili padi (ketuk)
  • 2 helai daun limau purut
  • Sedikit kayu manis,bunga dan buah pelaga
  • Limau nipis
  • Sos ikan
  • tomato

sup tulang

Cara penyediaan Sup Tulang Ala Thai:

  • Rebus tulang lembu bersama halia, lengkuas, kayu manis,bunga,buah pelaga,1 bawang besar dipotong 4 sehingga empuk
  • Bawang putih ditumbuk lumat
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih yang ditumbuk sehingga kekuningan
  • Masukkan 2 biji bawang besar yang dipotong 4,serai yang ditik, cili api dan daun limau purut yang diramas sedikit. Gaul rata
  • Tuangkan bahan yang ditumis tadi kedalam periuk sup.
  • Masukkan 2 sudu sos ikan
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa
  • Bila sup sudah mendidih perahkan limau nipis mengikut cita rasa masing-masing
  • Akhir sekali, masukkan tomato yang dipotong 4 dan hiaskan dengan bawang goreng dan daun ketumbar
SEE ALSO  Cara Membuat Sup Tulang Merah Lazat

Sumber: fb/aneka resepi masakan

Selamat mencuba, semoga anda berjaya.

(Visited 1,866 times, 1 visits today)
Tags:

No Responses

Leave a Reply