Resepi Siakap Tiga Rasa Sedap Dan Lazat

Resepi Siakap Tiga Rasa Lazat. Sebut sahaja siakap tiga rasa siapa tidak tahu tentang masakan ini. Nama sahaja sudah membuat anda terliur-liur. Apatah lagi rasanya. Berikut dikongsikan resepi siakap tiga rasa yang sangat ringkas dan lazat untuk dilakukan bagi penggemar masakan ini.

resepi siakap tiga rasa

Resepi Siakap Tiga Rasa

Resepi Siakap Tiga Rasa Sedap Dan Lazat

Bahan A :-

  • 1 ekor ikan siakap ataupun bawal optional (dibersihkan dan dikelar)
  • 1 sudu makan tepung jagung (bagi menyalut ikan)
  • 3 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci cili merah (dihiris)
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • Minyak (menggoreng ikan)

Bahan B (Sos)  :-

  • Tiga sudu makan sos tomato
  • Tiga sudu makan sos cili
  • Tiga sudu makan air
  • 1 sudu teh gula
SEE ALSO  Kerabu Mangga Sedap Dan Mudah

Bahan C (Hiasan) :-

  • Bahan C (Sebagai hiasan)
  • 1 pokok daun bawang (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 2 biji tomato (dipotong 4)

Cara Penyediaan :-

  1. Sapukan tepung jagung di sekeliling ikan.
  2. Goreng ikan menggunakan minyak yang banyak sehingga masak dan kuning keemasan. angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan dua sudu makan minyak bagi menumis bahan yang dihiris sehingga wangi.
  4. Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih. Kemudian kacau rata.
  5. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
  6. Curahkan kuah sos di atas ikan.
  7. Hiaskan dengan bahan C.

Sekian sahaja resepi siakap tiga rasa yang lazat. Sangat mudah betul?. Jadi apa tunggu lagi bagi penggemar resepi ini buatlah untuk kepuasan sendiri. Selamat Mencuba.

SEE ALSO  Resepi Aneka Tom Yam Lazat

SUMBER

 

 

(Visited 198 times, 1 visits today)

Leave a Reply