Resepi Pari Asam Pedas Mudah

Resepi Pari Asam Pedas Mudah. Asam pedas memang terkenal di negeri Melaka dan Johor, sebut sahaja asam pedas pasti ramai orang tahu bahawa masakan ini sememangnya sedap dan tidak terlalu rumit untuk menyediakan.Setiap negeri mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada individu itu sendiri untuk menyediakan resepi mengikut cita rasa dan tekstur yang diingini. Berikut dikongsikan resepi membuat pari asam pedas yang sedap dan mudah.

Resepi Pari Asam Pedas Mudah

Bahan-bahan:

  •  250g ikan pari (dipotong kecil)
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • ½ inci kunyit hidup
  • Lada hitam
  • 4 sudu besar cili boh
  •  ½ cawan air asam jawa
  • 2 tangkai daun kesum
  • Bendir (pilihan)
  • Minyak masak

Cara penyediaan:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup dan lada hitam sehingga lumat.
  2. Panaskan minyak didalam periuk sederhana besar dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  3. Selepas itu, masukkan cili boh dan kacau sehingga terbit minyak
  4. Masukkan daun kesum dan air asam jawa. Kacau sehingga sebati.
  5. Seterusnya masukkan ikan pari dan air. Biarkan sehingga mendidih. Masukkan garam dan perasa.
  6. Akhir sekali masukkan bendir dan biarkan sehingga bendir masak.

Untuk bendir, terpulang kepada anda untuk memasukkannya atau tidak mengikut cita rasa masing-masing.
Sekian cara-cara membuat asam pedas pari yang sedap dan ringkas.
Selamat Mencuba.

SUMBER

 

(Visited 111 times, 1 visits today)

Leave a Reply