MEE

Resepi Mee Kari Sedap dan Mudah

Resepi Mee Kari Sedap dan Mudah. Mee kari adalah masakan tradisional yang terkenal di seluruh Malaysia. Masakan ini akan menjadi lebih sedap jika menggunakan air rebusan ayam atau udang. Berikut dikongsikan resepi mee kari bagi penggemar masakan ini. Resepi ini sangat mudah dan sedap untuk dibuat. Bila-bila masa sahaja anda boleh lakukan.

Resepi Mee Kari

Resepi Mee Kari Mudah

Resepi Mee Kari Sedap

Bahan-bahan:

  • 3-4 paket kecil rempah kari daging , ikut nak pekat boleh letak banyak.
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 2 cawan tulang ayam, direbus dengan 1 liter air untuk dapatkan stok
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 cawan isi ayam, dipotong dadu
  • Isi udang
  • Isi kerang, rebus dahulu dan ambil isi
  • Fish ball
  • Fish cake
  • Tauhu kembung (taufu pok orang panggil jangan risau ada yang halal)
  • Mi kuning
SEE ALSO  Sotong Masak Hitam Pedas Lazat dan Mudah

Bahan kisar : 

  • 1/2 cawan cili kering yang telah direbus lembut
  • 4 biji buah keras
  • 1 inci lengkuas
  • 5 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar udang kering tanpa kulit (rendam dulu untuk menghilangkan masin)

Bahan Hiasan:

  • Taugeh dicelur
  • Daun bawang dan daun sup, dicincang
  • Bawang goreng

Cara Penyediaan:

  • Bahan kisar dicampur bersama rempah dan gaul sebati. Tambah air jika pekat.
  • Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar bercampur rempah sehingga wangi dan harum baunya sehingga menghasilkan pes cili yang sedap.
  • Masukkan sedikit garam dan gula. Ambil sedikit pes cili yang terhasil untuk dihidangkan bersama mee nanti sebagai sambal mee kari.
  • Tambah stok rebusan ayam kedalam bahan tumisan tadi dan kacau rata. Masukkan bahan bahan seperti isi ayam dan maasak sehingga isi ayam empuk.
  • Masukkan santan dan kacau rata. Tambah air jika perlu atau jika terlalu pekat. Tambah garam jika perlu. Bila hampir mendidih masukkan fish ball, fish cake, tauhu kembung, udang dan kerang. Biar kuah mendidih dan bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama mee yang dicelur.
SEE ALSO  Mee Bandung Muar Asli

Nota

[junkie-alert style=”yellow”] Optional : Boleh juga sediakan kuah bersama isi ayam. Bahan lain seperti udang, kerang fish cake dan fish ball dicelur masak dah hidangkan asing dalam mangkuk. Hidangkan bersama sambal cili yang kita simpan sedikit tadi. Jika nak lebih boleh gandakan bahan-bahannya [/junkie-alert]

Sekian perkongsian resepi mee kari sedap dan mudah. Sangat cepat untuk dilakukan. So, tiada lagi alasan tidak pandai buat mee kari bagi penggermar masakan ini. Selamat Mencuba..

SUMBER

(Visited 414 times, 1 visits today)

No Responses

Leave a Reply