KEK

Resepi Kek Red Velvet Cheese Meleleh Sedap

Resepi Kek Red Velvet Cheese Meleleh Sedap. Siapa disini penggemar kek red velvet cheese? Haaa siapa je yang tak suka dengan kek ni. Warnanya saja sudah menarik perhatian semua apatah lagi rasanya yang lemak dan berkrim. Kek red velvet cheese meleleh sedap. Selalu beli je nak buat susah katanya. Di sini resepi mama akan mengajar cara membuat resepi kek red velvet cheese meleleh sedap dan mudah.

resepi kek red velvet cheese

Resepi Kek Red Velvet Cheese Meleleh Sedap

 

Resepi Kek Red Velvet Cheese Meleleh Sedap

Bahan kek :-

  • 1/2 cawan butter
  • 1 1/2 cawan gula
  • 2 biji telur
  • Cuka putih 1 sudu kecil
  • 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda
  • Serbuk penaik (Diayak) 1 sudu kecil
  • 2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
  • 2 1/2 cawan tepung kek
    *(1 cawan tepung kek = 2 sudu kecil cornstarch bersama 1 measuring cup dan isikan selebihnya bersama “all purpose flour”. Diayak sebanyak 3 kali.)
  • 2 oz pewarna merah
    *(kalau anda sukar sukat menggunakan oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan buttermilk
SEE ALSO  Resepi Kek Coklat Indulgence Lazat

Resepi Cream Cheese Frosting :-

  • 1/2 cawan butter dilembutkan
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanilla
  • 2 ketul cream cheese, dilembutkan
  • 2 cawan gula icing (gula kisar), diayak.

Cara Penyediaan Kek :-

  1. Sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.
  2. Ayakkan tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil yang lain, gaulkan serbuk koko dan pewarna merah sehingga menjadi pes yang sebati.
  3. Dalam satu bekas besar yang lain, pukul butter bersama gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, dan kemudian masukan esen vanilla dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.
  4. Perlahankan mixer, masukkan 1/3 tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 buttermilk, pukul sehingga rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung ,pukul dan masukkan semua buttermilk, pukul dan kemudian masukkan kesemua baki tepung yang tinggal.
  5. Campurkan cuka dan baking soda dalam satu bekas kecil. Sehingga berbuih. Segera campurkan ke dalam adunan kek dan kacau, kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.
  6. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. (Kek ni moist, jadi perlu diperiksa segera. Apabila dicucuk dengan lidi dan bersih, keluarkan dari oven.)
  7. Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diletakkan frosting.
SEE ALSO  Resepi Biskut Lidah Kucing Sedap

Cara Penyediaan Frosting Cream :-

  1. Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.
  2. Untuk meletak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek, lagi tebal lagi sedap.
  3. Kemudian letakkan bahagian kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting ke seluruh kek.

Nak lagi sedap sejukkan dalam peti sejuk seketika sebelum menjamu selera

Selamat Mencuba

 

SUMBER

 

(Visited 1,998 times, 1 visits today)
Tags:

Leave a Reply