KEK

Resepi Kek Marble Susu Sedap Dan Lazat

Resepi Kek Marble Susu. Kek marble ini memang menjadi kegemaran orang ramai kerana rasanya yang tak muak dan sedap. Kek marble ini memang mudah untuk didapati dipasaran. Tekstur kek ini tidaklah terlalu lembab dan tidaklah terlalu kering, boleh kata sedap untuk dimakan. Berikut dikongsikan resepi kek marble susu untuk penggemar kek ini. Mudah sahaja untuk dilakukan. Tak payah beli lagi buat sahaja sendiri di rumah, lagi puas.

Resepi kek marble susu

Resepi Kek Marble Susu

Resepi Kek Marble Susu

Bahan-bahan :-

  • 3 biji telur
  • 1 cawan majerin
  • 1 cawan gula castur/gula halus
  • 2 cawan tepung gandum (kalau guna tepung naik sendiri tak perlu guna baking powder)
  • 1 sudu makan baking powder
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Perwarna ikut suka
SEE ALSO  Resepi Biskut Lidah Kucing Sedap

Cara Penyediaan :-

  1. Pukul majerin bersama gula sampai kembang.
  2. Kemudian masukkan telur satu persatu.
  3. Pukul lagi adunan sehingga kembang.
  4. Masukkan esen vanila dan susu pekat kacau ratadan sebati.
  5. Masukkan tepung yg dah diayak bersama baking powder (kaup balik jer)
  6. Bahagikan pada 2 atau 3 bahagian dan bubuh warna ikut suka hati .
  7. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu majerin dan di alas kertas.
  8. Tuangkan satu persatu warna mengikut citarasa.
  9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 160 darjah atau sehingga masak

 

Berikut adalah resepi kek marble susu yang lazat. Mudah saje kan. Jadi apa tunggu lagi.
Selamat Mencuba.

SUMBER

(Visited 1,153 times, 1 visits today)
Tags:

Leave a Reply