KEK

Resepi Kek Coklat Indulgence Lazat

Resepi Kek Coklat Indulgence Lazat. Berikut dikongsikan resepi cara-cara membuat Kek Coklat Indulgence yang sedap lagi memuaskan. Ianya mudah dan anda pasti berpuas hati dengan hasil tangan anda sendiri.

Kek Coklat Indulgence

Resepi Kek Coklat Indulgence

Resepi Kek Coklat Indulgence

Bahan-bahan kek coklat:

  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak /minyak jagung /marjerin cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bicarbonate
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila..

A. Cara penyediaan:

  1.  Campurkan gula halus, susu cair, susu pekat, minyak masak ke dalam periuk. Masak di atas api yang kecil sehingga larut.
  2. Ayakkan tepung gandung, baking powder, soda bicarbonate dan koko. Masukkan ke dalam bekas yang lain.
  3.  Seterusnya pukul telur dengan essen vanilla sehingga kembang.
  4. Masukkan campuran pertama ke dalam adunan telur (pastikan campuran pertama tadi sudah suam). Kacau sehingga sebati.
  5. Kemudian masukkan sikit demi sedikit tepung yang telah diayak bersama baking powder, soda bicarbonate dan koko. Kacau hingga sebati supaya tidak berketul-ketul.
  6. Panaskan kukusan, sementara menunggu air mendidih sapukan loyang dengan marjerin (dialas dengan baking paper). Masukkan adunan kek tadi.
  7. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tutupkan loyang dengan aliminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
  8. Kukus selama 50 atau 60 minit.

Bahan-bahan krim putih:

  • 60 gm gula icing
  • 2 biji kuning telur
  • 120 gm mentega tanpa garam
  • 4 gm gelatin
  • 50 ml air
  • 100 gm coklat masakan putih
  • 260 gm Krim tenusu
SEE ALSO  Pemanis Mulut Creme Brulee Berkrim

B. Cara penyediaan:

  1. Larutkan gelatin dalam air. Masukkan gelatin ke dalam air sehingga kembang. Apabila sudah kembang didihkan gelatin sehingga cair. (double boil)
  2. Cairkan coklat putih dengan menggunakan teknik double boil.
  3. Ayak gula icing di dalam bekas kuning telur. Putar bagi sebati.
  4. Kemudian masukkan air panas ke dalam bekas lain dan letakkan bekas adunan telur di atasnya (double boil). Putar sehingga pekat dan berkrim.
  5. Masukkan gelatin dan putar rata. Ketepikan.
  6. Putar mentega sehingga kembang dan lembut. Kemudian masukkan adunan telur bersama gelatin, teruskan putar. Masukkan cokklat putih yang dicairkan dan teruskan putar.
  7. Dalam bekas yang lain ( gunakan periuk stail untuk kekalkan suhu wipping krim), pukul wipping krim sehingga kental sahaja. Jangan terus di putar kerana ia akan mencair semula dan tidak boleh digunakan lagi.
  8. Ambil 1/3 bahagian krim dan campurkan ke dalam adunan telur tadi menggunakan proses kaup balik sehingga sebati. Masukkan baki krim dan kaup balik sehingga sekata.
  9. Masukkan dalam piping bag(2 piping bag megikut cita rasa) dan simpan dalam peti sejuk 1 jam sebelum digunakan. Bergantung pada suhu peti sejuk.

Bahan-bahan krim coklat:

  • 80 gm gula icing (kurang pun boleh)
  • 3 biji kuning telur
  • 120 gm mentega tanpa garam ( dibahagi dua dengan krim putih)
  • 4 gm gelatin
  • 50 ml air
  • 150 gm coklat masakkan gelap
  • 300 gm Krim Tenusu

[junkie-alert style=”red”] Pastikan gelatin dan coklat dicairkan dahulu mengunakkan teknik double boiler. [/junkie-alert]

SEE ALSO  Resepi Kek Red Velvet Cheese Meleleh Sedap

C. Cara penyediaan:

  1. Ayak gula icing di dalam bekas telur dan putar bagi sebati.
  2. Kemudian masukkan air panas ke dalam bekas lain dan letakkan bekas adunan telur di atasnya (double boil). Putar sehingga pekat dan berkrim.
  3. Dalam bekas yang lain ( gunakan periuk stail untuk kekalkan suhu wipping krim), pukul wipping krim sehingga kental sahaja. Jangan terus di putar kerana ia akan mencair semula dan tidak boleh digunakan lagi.
  4. Ambil 1/3 bahagian krim dan campurkan ke dalam adunan telur tadi menggunakan proses kaup balik sehingga sebati. Masukkan baki krim dan kaup balik sehingga sekata.
  5. Masukkan dalam piping bag(2 piping bag megikut cita rasa) dan simpan dalam peti sejuk 1 jam sebelum digunakan. Bergantung pada suhu peti sejuk.

Topping Coklat Ganache:

  • 150ml anchor whipping cream ( tawar)
  • 350gm coklat masakan hitam
  • 1 sudu besar mentega cair

D. Cara penyediaan:

  • Masak secara double boiler dan panaskan whipping cream sehingga berbuih, masukkan coklat dan mentega, kacau sehingga cair dan tuangkan di atas kek.

[junkie-alert style=”green”] Hiasan : Untuk piping coklat ganache di atas kek, sejukkan coklat di dalam peti sejuk selama 4 jam. Keluarkan dari peti sejuk dan kacau dengan hand whisk hingga rata, masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle pilihan dan pipe di atas kek atau ditepinya. Selepas siap masukkan kek ke dalam peti sejuk. [/junkie-alert]

SUMBER

(Visited 726 times, 1 visits today)
Tags:

Leave a Reply