Resepi Biskut Lidah Kucing Sedap

Resepi Biskut Lidah Kucing Sedap. Di sini dikongsikan resepi cara-cara membuat biskut lidah kucing yang ringkas dan lazat bersempena Aidilfitri yang akan berkunjung tiba. Anda pasti berpuas hati dengan resepi ini kerana ia sememangnya cukup mudah dan menyelerakan.

Resepi Biskut Lidah Kucing

Resepi Biskut Lidah Kucing Sedap

Bahan-bahan:

  • 250gm Mentega
  • 175gm Gula Kaster
  • 100ml Putih Telur
  • 200gm Tepung Gandum
  • 50gm Tepung Jagung
  • 1/4 Sudu Teh Emplex (Perangup Biskut)

Keperluan:

  • Pewarna ungu, hijau, biru, kuning, merah dan oren
  • Loyang lidah kucing ( disapu dengan mentega)

Cara penyediaan:

  • Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex. Ketepikan.
  • Pukul mentega dan gula sehingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar sehingga sebati.
  • Masukkan tepung dan kaup balikkan dengan spatula hingga rata.
  • Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letak dengan pewarna berlainan.
  • Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bulat dan picit lurus mendatar ke dalam loyang lidah kucing mengikut susunan warna pelangi.
  • Bakar di dalam oven yang telah di panaskan dahulu pada suhu 150 darjah celcius selama 15minit.
SEE ALSO  Resepi Kek Red Velvet Cheese Meleleh Sedap

[junkie-alert style=”red”]PERHATIAN: Jangan biarkan permukaan atas keperangan kerana menengelamkan warna pelangi. [/junkie-alert]

  • Biarkan biskut suam-suam suku dan terus simpan di dalam bekas kedap udara

Sekian sahaja cara-cara membuat biskut lidah kucing yang sedap. Ianya memang mudah dan lazat untuk dimakan. Selamat mencuba.

SUMBER

(Visited 134 times, 1 visits today)
Tags:

Leave a Reply