Resepi Biskut Kelapa Rangup Dan Sedap

Kuih biskut kelapa adalah diantara kuih yang sangat popular semasa Hari Raya selain kuih semperit. Berikut dikongsikan Resepi Biskut Kelapa Rangup Dan Sedap untuk peminat biskut ini yang bercadang untuk membuatnya sendiri di rumah.

Resepi Biskut Kelapa Rangup Dan Sedap

Bahan-bahan:

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan biskut kelapa :-

  • 100gm mentega
  • 100gm gula kastor
  • 1 biji telur ayam
  • 200gm tepung gandum (yang telah diayak)
  • 50gm kelapa parut kering
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • ½ sudu teh serbuk penaik

biskut kelapa

Cara penyediaan:

Berikut adalah langkah-langkah menyediakan biskut kelapa yang rangkup dan sedap :-

  • Pukul mentega bersama gula sehingga sebati, masukkan telur, esen vanilla dan serbuk penaik, sambil dikacau rata
  • Masukkan tepung gandum dan kelapa parut kacau sebati
  • Ambil doh letakkan di atas kertas minyak dan tutupkan dengan sehelai lagi kertas minyak kemudian gelek dengan pengelek hingga rata dan sederhana tebal
  • Angkat kertas minyak disebelah atas dan bentukkan doh mengikut citarasa dan buat sehingga selesai
  • Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 20 minit
SEE ALSO  Resepi Biskut Famous Amos Sedap

Selamat mencuba Resepi Biskut Kelapa Rangup Dan Sedap ini dirumah. Semoga ianya sesedap Biskut Kelapa yang dijual di kedai. Kalau berjaya mungkin boleh cuba pula jual kepada rakan-rakan semasa Hari Raya nanti.

Sumber – buku resepi hari raya bersama Chef Harun

(Visited 1,898 times, 1 visits today)

No Responses

Leave a Reply