Resepi Biskut Famous Amos Sedap

Berikut dikongsikan Resepi Biskut Famous Amos Sedap yang boleh dicuba di rumah. Ianya mudah dan anda pasti puas hati jika memakan biskut hasil tangan anda sendiri yang juga dikenali sebagai chocoloate chip dan cookies.

Bahan-bahan Resepi Biskut Famous Amos

Resepi 1

Bahan A:

  • ¼ cawan gula kaster
  • ½ cawan gula perang
  • ½ cawan mentega (75gm)
  • ½ cawan minyak jagung
  • 1 biji telur
  • ¼ sudu kecil garam
  • ½ sudu besar susu segar @ susu tepung
  • ½ sudu kecil vanilla extract

Bahan B:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • ½ sudu kecil cream of tartar Nona ( boleh diganti dengan ½ sudu kecil cuka / jus lemon)
  • ½ sudu kecil soda bikarbonat
  • ½ cawan walnut cincang
  • 1 cawan semi sweet chocolate chips

biskut famous amos

Cara penyediaan:

  • Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Pukul sehingga sebati dengan menggunakan whisk.
  • Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbonat dan serbuk cream of tartar.
  • Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan bahan A.
  • Kacau dengan menggunakan spatula.
  • Selepas itu, masukkan walnut dan chocolate chips.
  • Setelah sudah sebati kesemua bahan, sudukan atau boleh menggunakan tangan untuk membuat bentuk bulat-bulat ke dalam loyang.
  • Jarak-jarakkan kerana biskut akan mengembang
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160C selama 15-20 minit
SEE ALSO  Resepi Biskut Red Velvet Chocolate Chip

Resepi 2

Bahan-bahan ayak :

  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate
  • 2 Tbsp susu tepung
  • Secubit garam

Bahan-bahan lain :

  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
  • 100 gm sebarang kekacang (walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis – optional

Cara Mambuat

  • 1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  • 2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  • 3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  • 4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  • 5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan.
  • Susun di atas dulang pembakar.
SEE ALSO  Resepi Biskut Kelapa Rangup Dan Sedap

[junkie-alert style=”red”] PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN. [/junkie-alert]

  • 6. Bakar pada suhu 160 C selama 15 hingga 25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
  • 7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba Resepi Biskut Famous Amos yang sedap dimakan terutama semasa musim perayaan.

(Visited 414 times, 1 visits today)

No Responses

Leave a Reply