Pemanis Mulut Creme Brulee Berkrim

Pemanis Mulut Creme Brulee Berkrim. Siapa di sini pernah makan creme brulee yang gula bahagian atas dibakar sehingga kuning keperangan dan isi dalamnya lemak berkrim. Creme brulee merupakan hidangan yang sesuai untuk dijadikan sebagai pemanis mulut. Tahu makan tapi tak tahu buat.. Disini resepi mama akan menunjukkan beberapa cara untuk membuat pemanis mulut creme brulee berkrim, lemak dan lazat. Mudah sahaja caranya. Resepi mudah tak banyak bahan dan yang pasti mesti sedap dan memikat hati.

creme-brulee

Pemanis Mulut Creme Brulee Berkrim

 

Pemanis Mulut Creme Brulee Berkrim

Bahan-bahan :-

  • 4 biji kuning telur
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 600ml whipping cream
  • Sedikit esen vanilla
  • Sedikit gula kastor (untuk ditabur )
SEE ALSO  Resepi Kek Marble Susu Sedap Dan Lazat

Cara Penyediaan :-

  1. Pukul telur dan gula sehingga sebati.
  2. Letak krim dalam periuk kecil, buat secara ‘double-boiler’ tapi pastikan air dalam periuk mendidih perlahan dan kacau supaya krim tidak hangus.
  3. Bila krim jadi suam, masukkan campuran telur dan kacau tanpa henti hingga pekat (pastikan air dibawah periuk mendidih perlahan)
  4. Masukkan sedikit esen vanilla dan kacaukan supaya sebati.
  5. Tapiskan dalam mangkuk kecil yang tahan panas, letak mangkuk dalam tin pembakar yang berisi 2.5cm air.
  6. Bakar dalam oven 140°c selama 40 min.
  7. Biar sejuk sebelum diletak dalam peti sejuk.
  8. Tabur gula kastor, bakar sehingga gula atasnya menjadi keperangan.
  9. Tungu sejuk dahulu, kemudian baru masuk dalam peti sejuk selama 2 jam dan sedia untuk di hidangkan.
SEE ALSO  Resepi Biskut Red Velvet Chocolate Chip

 

Selamat Mencuba

 

SUMBER

(Visited 150 times, 1 visits today)
Tags:

Leave a Reply