Resepi Nasi Dagang Terengganu

Makanan popular di Terengganu adalah Nasi Dagang. Ianya adalah sejenis makanan berasaskan nasi yang dibuat dari campuran beras/ beras pulut dan dimasak bersam-sama dengan santan kelapa. Berikut dikongsikan resepi Nasi Dagang yang sedap beserta cara membuatgulai ikan tongkol/ayam dan sambal kelapa.

Resepi Nasi Dagang

Bahan-bahan

  • 5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut dan 2 cawan beras biasa)
  • 2 cawan santan pekat
  • 4 cawan santan cair
  • 2 sudu besar halba
  • 10 ulas bawang merah kecil, mayang halus
  • 6 ulas bawang putih, mayang halus
  • 1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis)
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara memasak

• Didihkan air didalam periuk kukusan
• Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam
• Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus
• Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak
• Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar
• Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya.
• Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.

SEE ALSO  Nasi Ayam Sedap Dan Lazat

Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang

Bahan A

Dua ekor ikan tongkol sederhana besar
5 keping asam gelugor
2 inci halia, ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
Sesudu makan garam dan sesudu teh gula
Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)

Bahan B

Santan pekat dari satu biji kelapa
3 keping asam gelugor
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
4 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes
Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan)
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.

2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil “manisan”)
Garam secukup rasa Minyak untuk menumis

Cara memasak

• Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan.
• Pijarkan minyak di dalam periuk
• Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau
• Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak
• Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih
• Masukkan santan pekat dan asam gelugor
• Bila mendidih masukkan gula merah
• Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor)
• Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.

SEE ALSO  Cara-cara membuat ButterMilk Chicken

Sambal kelapa untuk Nasi Dagang

Bahan-bahan

  • Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang
  • 4 sudu makan gula kabung (manisan)
    Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja

Cara memasak

• Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya.
• Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa.
• Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.

Selamat mencuba resepi Nasi Dagang yang sedap dan lazat ini. Semoga berjaya,

(Visited 240 times, 1 visits today)

Leave a Reply