Kerabu Sotong Bersama Suhun

kerabu sotong

Resepi Kerabu Sotong

Apa menu masakan anda hari ini? Bagi peminat masakan berasaskan kerabu, berikut dikongsikan resepi Kerabu Sotong bersama Suhun dan cara membuatnya.

KERABU SOTONG BERSAMA SUHUN

Bahan-bahan:

400gm sotong
Suhun
3 ulas bawang putih ~ dicincang
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
4 – 5 bj limau kasturi ~ boleh ganti dgn limau nipis/lemon
Kacang tanah ~ digoreng tanpa minyak dan buangkan kulit
Bahan hiris:
1 labu bawang besar
5 bj cili api
1 bj cili merah/hijau
Kacang panjang
Daun ketumbar
carrot ~ dipotong spt mancis
1 bj tomato ~ dibuang bahagian dalam dan dihiris bentuk panjang
Cara-Cara Penyediaan:
1. Rendam suhun dalam air panas hingga lembut dan toskan.
2. Bersihkan sotong dan potong bulat. Toskan
3. Panaskan kuali dan goreng sotong hingga keluar air dan sotong masak (jgn terlalu lama nanti sotong liat) Jgn sesekali dimasukkan air sbb nanti sotong akan keluarkan airnya sendiri.
4. Toskan sotong yg dah siap dimasak.
5. Masukkan kesemua bahan2 kedalam mangkuk.
6. Perahkan jus limau kasturi dan gaul hingga sebati.
7. Rasakan biar ada rasa masam secukupnya.
8. Sedia untuk dihidangkan.

SEE ALSO  Kerabu Mangga Sedap Dan Mudah

Selamat mencuba kerabu sotong bersama suhun ini sendiri di rumah.

Kredit FB Seharum Dapur Bonda

(Visited 168 times, 1 visits today)

Leave a Reply