Kerabu Mangga Sedap Dan Mudah

Berikut dikongsikan resepi kerabu mangga yang sedap dan mudah di buat sendiri.

Kerabu adalah makanan sampingan yang disediakan sebagai pelengkap atau penyedap kepada menu utama. Ianya juga boleh di makan begitu sahaja.

Selain itu, terdapat pelbagai jenis kerabu yang sedap di Malaysia termasuk Kerabu sotong, jantung pisang, rampai, taugeh, kerang dan banyak lagi.

RESEPI KERABU MANGGA

Bahan-bahan
Bahan dihiris :

  • 1 kilo mangga muda
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 biji tomato
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • 20 biji cili padi
  • 2 batang serai
  • 2 sudu besar sos ikan
  • sedikit belacan
  • 125 ml santan
  • garam & gula pasir
Kerabu Mangga Sedap

Resepi Kerabu Mangga Sedap

Cara membuatnya

1. Satukan mangga dan bahan-bahan yang dihiris
2. Masukkan sos ikan, garam, gula pasir dan belacan, gaulkan hingga bercampur rata

SEE ALSO  Resepi Siakap Tiga Rasa Sedap Dan Lazat

Resepi 2

Bahan-bahan:
•    1 biji mangga yang dicincang kasar (besar)
•    2 batang serai (dimayang halus)
•    1-2 helai daun limau purut (dimayang halus)
•    2 ulas bawang merah (dimayang halus)
•    30 gram udang kering (ditumbuk kasar)
•    30 gram kacang tanah (digoreng + ditumbuk kasar)
•    2-3 biji cili padi (dimayang halus)
•    1 sudu besar sos ikan
•    gula secukup rasa
•    sedikit daun bawang dan daun sup dimayang halus
•    sedikit ikan bilis digoreng
Cara penyediaan:
•    Campurkan kesemua bahan-bahan yang dimayang ke dalam satu bekas.
•    Masukkan udang kering,kacang tanah yang ditumbuk kasar tadi.
•    Digaul sehingga rata.
•    Masukkan sedikit sos ikan,gula secukup rasa dan jus limau.
•    Akhir sekali,masukkan ikan bilis yang telah digoreng.
•    Kemudian,gaul sehingga sebati.

SEE ALSO  Kerabu Sotong Bersama Suhun

Sumber:
https://www.facebook.com/bukuresepifans/?fref=photo

(Visited 324 times, 1 visits today)

No Responses

Leave a Reply