Cara Penyediaan Pajeri Terung yang Paling Mudah

Cara penyediaan pajeri terung yang paling mudah. Pajeri terung merupakan makanan tradisional melayu yang sangat popular. Selain daripada nanas, terung panjang, terung peparu, mangga atau buah kedondong juga boleh digunakan untuk masakan pajeri. Disini resepi mama akan menunjukkan cara penyediaan pajeri terung yang paling mudah, lazat dan cepat.

d2871d6f64f8e744ec07b592ae2c7d571310df69

Cara Penyediaan Pajeri Terung yang Paling Mudah

 

Cara Penyediaan Pajeri Terung yang Paling Mudah

Bahan-bahan :-

  • 3 biji terung
  • 3 sudu besar minyak
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 3 sudu besar kari daging( dibancuh menjadi pes)
  • 1 sudu besar kerisik
  • Rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)

Bahan untuk dikisar :-

  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 cm halia
  • 1 sudu besar udang kering
SEE ALSO  Resepi Mee Kari Sedap dan Mudah

Cara Penyediaan :-

  1. Potong terung memanjang
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama rempah tumis sehingga naik bau. Kemudian, masukkan rempah kari yang dibancuh menjadi pes. Masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan terung, kacau seketika. Tuang santan pekat dan kerisik. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Hidangan sudah sedia untuk dinikmati.

 

Selamat Mencuba

(Visited 326 times, 1 visits today)

Leave a Reply