Cara Penyediaan Kambing Bakar Black Pepper

Cara Penyediaan Kambing Black Pepper. Umum mengetahui daging kambing adalah lebih baik daripada daging lembu. Antara khasiat daging kambing yang boleh dilihat ialah daging kambing ialah pengurai kolestrol tepu, pencegah penyakit darah tinggi dan banyak lagi. Daging kambing boleh dimasak dengan pelbagai masakan dan salah satu masakan yang popular ialah daging kambing bakar black pepper. Kambing bakar sering menjadi kegilaan penggemar kambing. Disini ada disediakan cara membuat kambing bakar black pepper.

steak-iga-kambing

Cara Penyediaan Kambing bakar Black Pepper

Cara Penyediaan Kambing bakar Black Pepper

Bahan A :-

  • 4 keping daging kambing
  • 2 batang serai (kisar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)
  • ¹/² inci halia (kisar)
  • ¹/2 cawan sos lada hitam
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu serbuk lada hitam
  • 1 sudu minyak masak
SEE ALSO  Cara membuat kurma kambing sedap

Bahan B :-

  • Sos lada hitam
  • 4 biji tomato (dihiris kasar)
  • 1 biji timun (dihiris kasar)
  • Beberapa helai daun salad

Cara Penyediaan :-

  1. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk dan gaul rata.
  2. Perapkan selama 4-5 jam
  3. Masukkan ke dalam kuali non stick dan masakkan sehingga daging kambing menjadi lembut.
  4. Hidangkan bersama bahan B

 

Selamat Mencuba

 

(Visited 1,419 times, 1 visits today)
Tags:

Leave a Reply