Cara Membuat Sup Tulang Merah Lazat

Cara Membuat Sup Tulang Merah Lazat. Sup tulang merah adalah salah satu makanan yang terkenal di Singapura. Tengoklah warna merah darah sup tulang merah ini yang mungkin agak menakutkan sikit pada awalnya. Tapi siapa sangka rasanya sangat-sangat sedap. Warna merah kuahnya membuatkan ianya rasa seperti berempah dan pekat. Di sini resepi mama akan menunjukkan cara membuat sup tulang merah yang mudah dan lazat.

dsc_0714

Cara Membuat Sup Tulang Merah Lazat

Cara Membuat Sup Tulang Merah Lazat

Bahan-bahan :-

  • ¹/2 kg tulang kambing
  • 3 sudu rempah sup
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 inci halia (dikisar)
  • 5 biji cili merah (dikisar)
  • 3 biji tomato (dikisar)
  • 1 cawan air
  • 1 batang lobak merah (dipotong kecil)
  • 3 biji tomato (dibelah 4)
  • 1 pokok daun bawang (dipotong pendek)
  • 1 pokok daun sup (dipotong pendek)
  • 1 sudu kecil gula
  • 3 sudu minyak masak
  • Garam secukup rasa
SEE ALSO  Resepi Sup Tulang Ala Thai

Cara Penyediaan :-

  1. Potong kecil tulang kambing. Basuh dan toskan.
  2. Perap tulang dengan rempah sup dan sedikit air selama 1 jam.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
  4. Masukkan tulang kambing yang sudah digaul dengan rempah sup dan air. Kemudian kacau rata dan masakkan sehingga daging lembut.
  5. Masukkan garam dan gula. Kacau seketika.
  6. Masukkan lobak merah dan masakkan sehingga kuah agak pekat dan pecah minyak.
  7. Masukkan tomato dan kacau rata.
  8. Taburkan daun sup dan daun bawang semasa menghidang.

 

Selamat Mencuba

(Visited 684 times, 1 visits today)
Tags:

Leave a Reply