SUP

Cara membuat kurma kambing sedap

Cara membuat kurma kambing sedap. Sebelum ini masakan kurma yang biasa dijumpai ialah kurma ayam dan daging. Disini resepi mama akan menunjukkan cara penyediaan kurma kambing yang sedap. Boleh cuba masakan ini. Untuk yang baru ingin memcuba selamat mencuba dan good luck.

5706274326_c634923142_b

Cara membuat kurma kambing sedap

Cara membuat Kurma Kambing sedap

Bahan A :-

  • 1 kg daging kambing
  • 3 sudu rempah kurma
  • 4 biji kentang (dipotong 4)
  • 3 cawan santan
  • 2 biji cili hijau (dihiris)
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
  • 1 batang lobak merah (dipotong)
  • 1 sudu lada sulah
  • 2 bawang besar (dibelah 4)
  • 1 sudu perahan limau nipis
  • 1 pokok daun sup (dipotong kecil)
  • 2 sudu minyak sapi
  • 2 sudu minyak masak
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
SEE ALSO  Cara Penyediaan Kambing Bakar Black Pepper

Bahan B (tumisan) :-

  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 6 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)

Cara Penyediaan:-

  1. Potong kecil daging kambing, basuh dan toskan. Perapkan daging bersama rempah kurma.
  2. Panaskan minyak masak dan minyak sapi, kemudian tumiskan bahan B sehingga wangi.
  3. Masukkan daging kambing yang telah diperap dan kentang. Kemudian kacau rata.
  4. Masukkan air dan masak sehingga daging dan kentang menjadi lembut.
  5. Masukkan santan, garam, cili hijau, tomato, lobak merah, lada sulah dan bawang besar. Biarkan sehingga pecah minyak.
  6. Masukkan perahan limau nipis dan biarkan sehingga pekat.
  7. Angkat dan taburkan daun sup semasa menghidang.
SEE ALSO  Cara Membuat Sup Tulang Merah Lazat

 

Good luck untuk yang baru nak mencuba.

 

(Visited 3,890 times, 4 visits today)
Tags:

Leave a Reply