Cara-cara membuat ButterMilk Chicken

Cara-cara membuat ButterMilk Chicken. Buttermilk chicken bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja tetapi boleh juga dimakan bersama nasi putih. Membuat buttermilk chicken ini tidaklah terlalu rumit kerana bahan yang digunakan untuk membuat resepi ini sangat mudah untuk didapati. Disini resepi mama ada menyediakan cara-cara membuat buttermilk chicken yang sangat mudah dan sedap untuk dimakan.

buttermilk-chicken

    ButterMilk Chicken

Cara membuat ButterMilk Chicken

Bahan A:-

  • 5 ketul bahagian isi ayam (dipotong dadu)
  • 1 biji telur
  • Tepung ayam goreng

 

Bahan B:-

  • Tepung jagung dibancuh(1 sudu)
  • Susu full cream (1 cawan)
  • Bawang putih dipotong dadu(5 ulas)
  • Bawang merah dipotong dadu(2 biji)
  • Mentega (3 sudu besar)

 

SEE ALSO  Resepi Nasi Dagang Terengganu

Cara Penyediaan:-

  1. Gaulkan ayam dengan telur, kemudian gaul dengan tepung ayam goreng dan goreng sehingga masak.
  2. Cairkan mentega, kemudian tumis bawang merah dan bawang putih sehingga layu.
  3. Kemudian, masukkan air bancuhan tepung jagung dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan susu , tunggu sehingga mendidih dan jadi pekat.
  5. Hidangkan bersama ayam yang telah digoreng.

 

Selamat Mencuba

(Visited 521 times, 1 visits today)
Tags:

Leave a Reply